[ info ] impak aplikasi telefon pintar amat lah buruk !

Kewujudan telefon pintar dengan berbagai model dengan  harga yang murah memudah kan setiap remaja memiliki telefon pintar ini , di zaman kecanggihan teknologi ini memiliki telefon pintar adalah satu kemestian,

Dengan kemudahan internet serendah RM 2 sehari mereka boleh muat turun data internet yang memboleh kan mereka menggunakan berbagai aplikasi yang ada dalam telefon pintar tersebut.

Antara aplikasi popular adalah " Wechat " , " Line "yang memudahkan pengguna berhubung bersama rakan-rakan setiap masa dengan cara yang pantas.

Namun kesan dan keburukan untuk remaja dalam menggunakan aplikasi ini amat lah berat seprti mana laporan akhbar harian metro , remaja menggunakan aplikasi ini kejalan yang salah , ikuti petikan kisah di akhbar Harian metro.


Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.
Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang. 
Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat. 

“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.
Diharap para ibu bapa perlu lebih memantau apa yang di lakukan anak anak mereka apabila menggunakan telefon pintar dan aplikasi nya .