[ info ] Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya !


PUTRAJAYA: Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.

Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.


Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.sumber