[ info ] Gangguan sementara perkhidmatan perbankan CIMB !


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari 11.45 malam pada 31 Januari hingga 6 pagi pada 3 Februari ini berikutan usaha menaik taraf sistem berjadual.

Menurut laman web CIMB Click hari ini, gangguan itu membabitkan cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan dispenser mata wang asing.

Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.

Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal. 

Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana, pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Februari," menurut kenyataan itu. 

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.cimbbank.com.my - BERNAMA