[ info ] Gambar banjir kembali landa Kelantan !

JELI - Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam ini.
  


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Soleh Nasir berkata, 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli.

Turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ialah 65 orang dari Kampung Lawang dan Batu Gajah di Tanah Merah.

Setakat 8 malam ini, Sungai Golok, Jenob mencatat bacaan 24.77 meter, melepasi paras bahaya 23.5 meter manakala sungai-sungai utama yang lain masih berada pada paras amaran namun dilaporkan meningkat secara perlahan.sumber