[ info ] Bukit Tabur bahaya namun di gemari ramai pendaki !


Bukit Tabur adalah satu distinasi yang di gemari oleh ramai pendaki-pendaki di sekitar Kuala Lumpur, kematian pelajar berusia 25 tahun, Allahyarhamah Soleha Abd Rahman dalam tragedi di Bukit Tabur membuatkan bukit rekreasi tersebut kembali mendapat perhatian.

Mangsa terjatuh dari ketinggian 60m ke dalam gaung ketika mendaki ke puncak bukit itu bersama-sama tujuh rakan lain, Allahyarhamah meninggal dunia sejurus tiba di hospital.



Berikut merupakan senarai kes-kes lampau di Bukit Tabur yang berakhir dengan kecelakaan:

  • 5 Jan 2014:Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

  • 3 Dec 2013:Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

  • 28 Sept 2013:Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

  • March 28, 2009:Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

  • 15 Oct 2008:Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

  • 17 Dec  2012:Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

  • 19 Dec 2009:Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

  • 23 Sept 2009:Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.sumber





2 ulasan

ada terlihat juga berita ni semalam...

Reply

nak panjat bukit ni ari sabtu ni..

Reply