[ info ] Bank komersial caj pemprosesan cek 50 sen !

Kuala Lumpur: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai bahawa bank komersial akan mengenakan bayaran pemprosesan cek 50 sen ke atas pengeluar cek berkuat kuasa 1 April 2014.
“Pengeluar cek diingatkan memastikan wang dalam akaun mencukupi untuk menampung bayaran pemprosesan cek,” kata persatuan itu dalam kenyataan, semalam.
Katanya, ABM dan bank anggota kami menyokong penuh agenda nasional bagi perpindahan ke bayaran elektronik (e-pembayaran) dan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan epembayaran yang juga kaedah pemindahan wang dan membuat pembayaran yang cepat, termampu dan mudah,” katanya.
Siri jelajah ke seluruh negara dan hari terbuka untuk memperkenalkan e-pembayaran, khususnya GIRO Antara Bank diadakan sejak Oktober 2013 dan diteruskan hingga Mac 2014.
Siri jelajah itu dianjurkan bersama Bank Negara Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan ABM.
Bagi penjelasan lebih lanjut, ABM mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai mengenai cara bayaran pemprosesan cek itu dikenakan.
Garis panduan itu boleh didapati di laman sesawang ABM, www.abm.org.my. -BERNAMA



3 ulasan

banyaknya sampai 50 sen??? hu hu hu...

Reply

tau nak mecekik duit org jer..

Reply