[ info ] Aidil Zafuan tak bayar duit sewa rumah !

Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, mengaku di mahkamah rendah syariah di sini hari ini bahawa dia tidak menjelaskan bayaran rumah sewa RM3,000 sejak keluar dari rumah kelaminnya bersama pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, pada Januari, dua tahun lalu.

Menurutnya, bayaran rumah sewa di Kota Damansara tersebut yang diduduki Rita Rudaini bersama dua anaknya dijelaskan oleh isterinya ketika itu selama 18 bulan sehingga mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Berdasarkan keterangan itu, Aidil Zafuan menarik balik keterangannya sebelum ini bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita Rudaini dan anak-anaknya.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam sesi soal balas terhadap pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.kisah selanjutnya disini .