[ info ] 6 Gambar lori pasir terbabas gilis dua penunggang motosikal !

Dua penunggang motosikal maut manakala seorang cedera parah selepas dirempuh dan digilis sebuah lori pasir di Kilometer 20, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan pada pukul 7.45 pagi itu ialah Mohd Nazrin Kahar, 39, dan Lim Kun Yong, 54. 




"Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari Taman Johor Jaya menghala bandar raya Johor Baharu itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa motosikal yang berada di jalan bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat, katanya.
Beliau berkata, seorang penunggang lelaki yang cedera parah itu hanya dikenali sebagai Tan berusia lingkungan 40-an, turut menerima rawatan di hospital sama. - Bernama



1 ulasan:

Allahuakbar ngerinya kemalangan ni...

Reply