[ Hiburan ] MLM 2014 , Sepahtu menang Perodua Alza baru !

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat, Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu.

Pengerusi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Tan Sri Asmat Kamaludin (tengah) bersama Presiden dan Pengarah Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (kanan) dan Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Yasumitsu Morita ketika majlis pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaru Perodua ALZA di Petaling Jaya pada Jumaat. Perodua ALZA edisi terbaru ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Premium dan Advance.
"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat," kata salah seorang ahli Sepahtu, Jepp, Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama Petaling Jaya malam tadi.sumber