[ Hiburan ] Ariana Rose - Best ke hingga jadi Trending ?


Ariana Rose - Best ke hingga jadi Trending - Penghasilan drama yang berdasarkan adaptasi novel semakin mendapat tempat di kalangan penonton. Ini telah terbukti dengan kejayaan beberapa siri drama diadaptasi dari novel popular yang pernah ditayangkan sebelum ini.




Kini drama berjudul “Ariana Rose” juga merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular iaitu “The Wedding Breaker”, terbitan Karya Seni akan menemui peminat dan penonton setia TV3 (slot akasia) bermula 30 Disember 2013 ini.

Sipnosis 

Drama bersiri 28 episod terbitan Pena Creative ini turut dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita) dan ramai lagi.sumber