[ Gossip ] Gambar panas Marsha berkemban dalam filem " Laga " !

Marsha Milan kembali ke layar perak dalam filem terbaru " Laga " yang mana filem ini cuba menampilkan budaya laga ayam di kalangan orang Melayu itu, terselit elemen sensual melibatkan pasangan suami isteri lakonan Wan Hanafi Su dan Marsha Milan yang dilihat antara adegan penarik untuk penonton ke panggung.

Dalam filem itu Marsha tampil seksi berkemban yang menampak kan badan nya yang putih melepak sebagai daya penarik filem tersebut, bagi Marsha dia sedia menerima segala kritikan para penonton dengan apa yang di lakonkan.

Marsha yang ditemui pada malam gala tayangan perdana filem Laga itu menjelaskan bahawa dia bersedia untuk sebarang implikasi serta tanggapan penonton terhadap penampilan seksinya di dalam filem tersebut.

“Memang tidak dapat dinafikan adegan tersebut pasti akan mengundang pelbagai kritikan tetapi diharapkan penonton harus melihat daripada sudut positif, adegan itu pun diwujudkan mempunyai mesej yang tersendiri dan di selitkan metafora,"  katanya .

Ayu lakonan Marsha akan tampil bergandingan dengan Wan Hanafi Su sebagai Hassan Laga iaitu suaminya untuk filem arahan Ismail Yaakob, Laga yang bakal ditayangkan pada 26 Januari ini.sumber


1 ulasan:

Adakah pengarah kita ingat penonton Malaysia semuanya berotak porno? Generasi sekarang semakin cerdik dan berilmu, mereka dahagakan pengisian rohani. Patut pengarah kita malu dengan filem Iran yg selalu menang anugerah antarabangsa. Pengarah filem Iran masih berpegang kpd hukum Islam tanpa membuka aurat dan tanpa adegan seks, tapi filem mereka kerap menang anugerah antarabangsa...Tapi filem kita yg ada adegan seks ringan itu tak ke mana2, cuma syok sendiri...

Reply