[ Gossip ] Adira tulis nota romantis untuk kekasih !

Siapa yang tidak kenal dengan gadis putih melepak yang berasal dari Sabah ini? Adira yang mula dikenali menerusi lagu Ilusi ini sering dikaitkan dengan seorang jejaka yang terlibat dalam bidang politik.
Terdahulu, foto Adira berbuka puasa bersama jejaka tersebut telah tersebar dan ramai pihak menyangka bahawa hubungan mereka sudah serius. Selain itu, foto Adira yang kononya sedang menempah baju perkahwinan juga turut dikongsi oleh peminatnya.
Namun, apa yang menariknya terdapat sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Adira menerusi akaun Instagramnya dengan menggunakan caption romantik dialek Sabah.
Nung koeilo ko piro ginumu sayang ku dika…aharap oku insan tadau koeilo ko..doa ku kuma dika kasasarii.. terjemahan - Kau tahukah betapa banyak sayang saya sama kamu. Dan saya harap satu hari nanti kamu akan tahu”.
Nampaknya, pasangan ini benar-benar telah dilamun cinta. Peminat yang memberi komen di gambar tersebut turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan berharap mereka akan kekal ke jinjang pelamin.Sumber