[ Gempar ] Bapa sembelih anak perempuan 7 tahun di Bangi !

Gambar di percayai keluarga suspek 
Kejadian di perumahan berdepan seberang jalan 4/6 berhampiran  dengan Sekolah menengah jalan 4, kereta polis dan tali kuning polis masih di depan rumah. 
Seorang bapa telah menyembelih anaknya , seorang meninggal di tempat kejadian dan dua lagi di bawa ke Hospital .

Lelaki yang menyembelih anak nya itu melarikan diri selepas dia melakukan pembunuhan itu, namun di maklum kan pihak polis berjaya berjaya menahan lelaki terbabit petang tadi , Polis masih menyiasat punca kejadian.

Ikuti kisah apa yang berlaku :

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
    
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
    
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
    
Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
    
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
    
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
    
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.
    
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - Bernama


Al-fatihah dan salam Takziah untuk keluarga mangsa dengan apa yang berlaku pada keluarga mangsa . 





8 ulasan

Aduhhh dahsyat nii.. Kesiannya :( Ibu mereka di mana. Huhuh..

Reply

Sedih terkenang kejadian ini :(

Reply

Semoga Allah mencucuri Rahmat Nya. Sedih kes ini. Sejak akhir akhir ini majikan selalu buat retrenching. Ada yang 24 jam beritahu, hari ini beritahu ,esok dah tak datang kerja. Pampasan yang diberikan minimum. Mencari kerja bagi yang berumur,mengambil masa kadang kadang 6 bulan baru dapat. Itulah reality nya. Sudah tiba masanya kita memerlukan Social Security untuk membantu golongan sepert ini.

Reply

Takziah ke atas keluarga mangsa....terutama ibu mangsa...

Reply

Innalillah.. im so sad..

Reply

Bila iman semakin nipis....

Reply

saya pebduduk kat situ.. family doirg mmg rajin gi surau..bpk diorg pon nmpk ok.. tp mungkin ada mlsh atau kene ganguan..

Reply

takziah....ad terbaca disebabkan tekanan perasaan kan...

Reply