[ Gambar ] Remaja dituduh bunuh Noor Syafikah !

Alor Setar: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang daripada tiga beradik perempuan, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh,mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong.
Mukin Tajar, di sini, Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.sumber