[ Gambar ] Proton Inspira R3 Super Premium dilancarkan !

Setelah melancarkan Suprima S Super Premium di MITC, Proton telah memperkenalkan sebuah lagi varian Super Premium nya iaitu Proton Inspira Super Premium di Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Juru Auto-City, Penang.
Pakej yang ditawarkan untuk Super Premium antaranya rim aloi 18 inci R3 yang ringan, spring dari R3 serta set lengkap kit badan R3. Kehadiran jalur merah di sepanjang bahagian sisi model meneyerlahkan lagi elemen sporty Inspira.
Model Proton Inspira Super Premium dibangunkan dari asas model Inspira 2.0 Premium CVT, mempunyai enjin 2.0 liter dengan 150 kuasakuda dan 197Nm tork.
Dilengkapi dengan ciri-ciri yang tidak kurang hebatnya, namun tiada banyak beza dengan model 2.0P. Paparan multimedia sentuh dengan GPS, lampu hadapan dan pengelap cermin automatik, kemasan dalaman dari kulit, paddle shifter di stereng, butang kawalan cruise antara yang dilengkapi.
Model Proton Inspira Super Premium hanya boleh didapati dengan warna Solid White. Merupakan varian teratas di kalangan barisan model Inspira yang boleh didapati di pasaran ketika ini, bermula dengan varian Inspira 1.8 MT, Inspira 2.0 Executive CVT dan Inspira 2.0 Premium CVT. Harga untuk model ini, RM102,000, beza hampir RM10k dari model 2.0P yang berharga RM92,450.
Disamping itu, model ini dilengkapi waranti selama tiga tahun atau 100,000km. Sumber Arena Kereta .