[ Gambar ] Kereta jatuh dari tingkat 4 Star City Kota Kinabalu !

KERETA PERODUA Myvi remuk teruk selepas terjatuh dari parkir tingkat empat ke dalam bangunan Star City dekat Asia City, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila PERODUA Myvi dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat ke dalam bangunan Star City dekat Asia City di sini, pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika pemandu berkenaan hendak meletakkan kenderaannya di parkir tingkat empat berkenaan.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini. BH