[ Gambar ] Kepala murid tersepit di kerusi, kisah dihari pertama persekolahan !

Hari ini adalah hari pertama persekolah di Malaysia manakala bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terangganu semalam adalah hari pertama persekolahan mereka.

Semasa hari permulaan persekolahan ini berbagai perkara yang berlaku pada murid-murid yang baru memulakan penggal baru persekolahan, di kala ini lah ibu bapa turut sama memantau anak-anak mereka di Sekolah  bagi memastikan anak-anak mereka selesa dengan hari persekolahan mereka.
Admin ada terjumpa satu gambar yang agak mendukacita berlaku kepada seorang murid wanita yang mana kepala nya tersepit pada kerusi dalam kelas, namun admin tidak dapat pastikan di manakah kejadian tersebut berlaku.

Dalam kejadian tersebut kepala mangsa tersepit pada kerusi, pihak sekolah terpaksa memotong kerusi tersebut untuk mengeluarkan kepala mangsa, keadaan mangsa stabil tiada sebarang kecederaan serius di laporkan.

Ini hanya untuk pengetahuan pembaca bahawa malang tak berbau, bahaya ada di mana-mana oleh itu nasihat lah anak-anak agar berhati-hati dalam apa yang di lakukan tak kira di mana berada.


4 ulasan

assalamualaikum...mcm mana boleh jadi mcm ni ...:)

Reply

laa..macam mana bole jadi camtu?

Reply

nk test pale ke rane or?

Reply

budak2 ni teruja nak bermain dgn rakan2 baru mrka sampai terlupa aspek keselamatan..

Reply