[ Gambar ] Kecoh bom asap di Larkin ?

Hari ini adalah perlawanan pertama yang melibatkan Harimau Selatan ( JDT ) akan menentang pasukan Perak yang akan berlangsung di Stadium Larkin malam ini.

Dikhabarkan berlaku sedikit kekecohan di luar Stadium tersebut yang mana bom asap telah di baling, tujuan bom tersebut tidak dapat di pastikan, mengikut tweet salah seorang penyokong Perak mereka mengatakan bom asap itu di baling ke arah mereka sebaik bas yang di naiki mereka sampai di perkarangan Stadium Larkin.
Admin tidak tahu sejauh mana info ini betul atau tidak cuma admin mengharapkan satu perlawanan yang terbaik untuk kedua-dua pasukan , begitu juga dengan penonton-penonton kedua-dua pasukan mereka dapat saksikan perlawanan malam ini dengan penuh semangat kesukanan.