[ Gambar ] Guru yang meng " LEMBU " kan pelajar nya tersebar !

SUNGKAI: Dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, dikenakan hukuman tidak masuk akal apabila digantungkan loceng dileher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, Khamis lalu oleh seorang guru bahasa Inggeris sekolah terbabit, hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa dua pelajar berkenaan, ibu salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai, semalam, berhubung tindakan melampau guru itu. 

Menurut ibu seorang daripada pelajar terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, anaknya kini trauma dengan kejadian itu, kerana dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah. 

"Semasa buat laporan polis semalam, guru Bahasa Inggeris terbabit bersama Guru Besar Sekolah turut hadir dan mereka mengaku melakukan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan serta hanya meminta maaf.

"Lebih memeranjatkan kami, Guru Besar sekolah juga mengaku mengetahui mengenai hukuman menggantung loceng dileher sudah beberapa kali dijalankan terhadap beberapa pelajar sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.BH