[ Gambar ] Bas terbalik di Lebuhraya PLUS 10 cedera!


IPOH: Sebuah bas ekspres yang membawa 23 penumpang terbalik di Kilometer 218 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran hentian Taiping arah Utara, dekat sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Difahamkan bas terbabit hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan sebelah kiri laluan dan terbalik memasuki longkang serta menyebabkan 10 penumpang cedera.



Bas dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lumut ke Butterworth, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah itu, dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Kebanyakan mangsa yang cedera adalah penumpang bahagian belakang di tingkat atas bas akibat tertimpa sesama sendiri selepas kenderaan berkenaan terbalik.

Beberapa penumpang turut bertindak memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas menyelamatkan diri.

Kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.sumber