[ Filem ] Robocop akan menyerang pawagan 30 Jan 2014 !


Sebelum tayangan nya tidak lama lagi, trailer ketiga dan terakhir filem baru Robocop (2014) telahpun boleh ditonton di Youtube, filem baru Robocop ini merupakan versi remake daripada filem original Robocop yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1987. 

Alex Murphy, seorang anggota polis yang cedera parah & hampir menemui ajal ketika bertugas dan telah ’dihidupkan’ kembali menjadi cyborg – separuh manusia, separuh mesin & diberi nama Robocop.


Robocop telah ditugaskan kembali ke skuad polis sebagai mesin hibrid dan terpaksa bergelut dengan konflik peribadi apabila kenangan lama ketika dia menjadi manusia menghantuinya.



Mampukah Robocop yang dikuasai oleh kepentingan korporat bandaraya yang penuh dengan jenayah memburu kuasa-kuasa jahat dan menangani konflik peribadinya atau adakah dia kena menemui kemusnahan?



Arahan: José Padilha


Lakonan:

  1. Joel Kinnaman
  2. Gary Oldman
  3. Samuel L. Jackson
  4. Abbie Cornish
  5. Michael Keaton
  6. Jay Baruchel


Genre: Aksi/Sci-Fi

Bahasa: Inggeris

Tarikh Tayangan Bermula di Pawagam 30 Januari 2014 ini di seluruh pawagan termasuk di Malaysia.