[ Dunia ] Nelayan Jepun tangkap sotong gergasi seberat 163 kg !

TOKYO : Sekumpulan nelayan Jepun yang menangkap seekor sotong gergasi semalam mengaku kesal dan pening dengan cara mereka menangani hidupan berkenaan yang menjadi tumpuan orang ramai .
Ketua nelayan terbabit, Shigenori Goto berkata, dia tidak menyangka tangkapan itu menjadi perhatian ramai, termasuk daripada pihak media.
Sotong jantan seberat 163 kilogram itu bagaimanapun mati sejurus selepas ditarik ke permukaan Rabu minggu lalu.