[ Dunia ] 35 selebriti popular Korea saman klinik kecantikan !

Girls Generation
SEOUL: Hampir 35 selibriti Korea bertindak menyaman sebuah klinik pembedahan kosmetik kerana menggunakan wajah dan nama mereka tanpa kebenaran.

Antara yang mengemukakan saman tersebut termasuklah Wonder Girls, 2PM, Girls Generation dan Super Junior.

Ini merupakan kali kedua kesemua selebriti ini menyaman Klinik Surgeri Dr Cho di Gangnam, Seoul sejak Januari 2013 selepas kes digugurkan mahkamah kerana tiada bukti yang mencukupi.

Enggan mengaku kalah, mereka sekali lagi menyaman klinik tersebut kerana mendakwa Dr Cho mengaut keuntungan menggunakan wajah mereka tanpa pembayaran royalti.

Pihak mahkamah menerima rayuan mereka untuk saman kedua dan sedang meneliti kes itu untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Di Korea Selatan, pembedahan kosmetik membawa keuntungan hampir 2 billion setiap tahun menerusi imej hampir sempurna yang dibawakan oleh ikon K-Pop.sumber