[ Tips ] 5 Tanda dia adalah jodoh kita , semoga dapat membantu anda !

Dalam mencari pasangan untuk di jadikan teman hidup , kadang-kadang ia nya amat sukar tidak seperti apa yang kita anggankan , kadang -kadang pasangan sudah ada di depan mata namun kita tidak dapat menilai apa kah itu pasangan yang sesuai untuk kita walaupun setiap hari bersama.

Disini Admin ada bagi sedikit tips-tips dan tanda bahawa " dia adalah jodoh kita"

Tanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon teman hidup kamu!

Tanda 2 
Salah satu sifat yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kita atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kita. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu nampak  spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Tanda 3
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda  merasa bosan… Inilah petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat.

Tanda 4
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Tanda 5
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kita, dia tak peduli dengan masa lalu kita saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima  apa adanya..

Itu lah 5 tips yang mungkin membantu anda dalam mencari pasangan dan jodoh anda.


1 ulasan:

ada yg ada , ada yg x de ... huhuhuuu

Reply