[ Terkini ] Waris wanita terjatuh dari tingkat 12 di Flat Tioman , Taman Melati di cari !

PUNCA KEJADIAN BERKEMUNGKINAN STRESS DAN PUTUS CINTA 
Seorang perempuan melayu berumur lingkungan 20 tahun, berbaju lengan panjang berwarna pink, berseluar jeans hitam dan berselipar hitam telah terjun dari tingkat 12 Flat Tioman, Taman Melati, Gombak sekitar jam 5.46 petang semalam .

Menurut saksi, gadis tersebut termenung di tingkat 12. Tidak lama kemudian keadaan menjadi panik dengan kereta polis. Jiran yang berhampiran cuba menghalang gadis tersebut terjun, malah mereka cuba menarik baju gadis berkenaan.

Jirannya cuba memujuk wanita tersebut , namun wanita malang itu tergelincir dan jatuh ke atas porch kereta di bawah, saksi berkata berkemungkinan wanita tersebut  mula panik dan terkejut lalu terjatuh.

Saksi yang melihat dari awal kejadian bergegas ke tempat kejadian, orang di sekelilingnya sempat mengajarnya mengucap, wanita itu tidak mengalami kecederaan di luar, mungkin kecederaan di bahagian dalaman , 

Punca sebenar kejadian dan identiti mangsa sedang di siasat oleh pihak berkuasa, sebarang maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi mengenal pasti waris wanita terbabit, Al-fatihah Salam Takziah .