[ Terkini ] Wanita dikaitkan dengan skandal Adi Putra dedah kes esok !

PETALING JAYA: Ketika pelakon Adi Putra, 32, mengambil peluang untuk mengadakan sidang media berhubung skandalnya dengan isteri orang pada malam Khamis (malam ini) wanita tersebut pula akan membuat sidang media serupa pada Jumaat (esok).
mStar Online dimaklumkan, wanita berusia 30 tahun itu akan ditemani suaminya dan seorang peguam untuk mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung siasatan kes berkenaan.
Sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.
Terdahulu Adi Putra akan mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis kira-kira pukul 8 malam.
Adi diberitakan akan menjelaskan perkembangan kes berkenaan termasuklah kononnya dia tidak bersalah.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.Sumber mStar