[ Terkini ] Video dan 5 gambar yang dikatakan " Puting Beliung " berlaku di JB ?


Satu fenomena seolah-olah puting beliung dilaporkan dilihat di sekitar Johor dan Singapura hari ini, Video puting beliung dan gambar puting beliung tersebut tersebar dengan meluasnya di laman media sosial,ramai yang melihat kejadian  itu sempat merakamkannya dan berkongsi gambar-gambar itu sejurus ia terjadi.





Walaubagaimanapun, Pusat Cuaca Nasional menafikan bahawa peristiwa tersebut adalah puting beliung, sebaliknya,  Ketua Penolong Pengarah jabatan itu, Amirzudi Hashim berkata ia adalah fenomena ‘belalai air’.

“Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar , belalai air’ itu tidak akan sampai ke darat, Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan,” katanya.

Namun demikian, Amirzudi berkata belalai air boleh mencederakan orang ramai jika didekati, saya nasihatkan para nelayan dan sesiapa yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk jangan cuba menghampiri belalai air,” katanya.sumber