[ Terkini ] Tergoda lelaki muda Pakistan, guru penolong kanan sanggup lakon filem lucah ?


Ini lah yang berlaku terhadap seorang guru wanita yang menjadi mangsa godaan lelaki muda pakistan, mungkin akibat tergoda dengan pujuk rayu lelaki muda tersebut wanita terbabit sanggup melakukan hubungan sex dan merakam hubungan terlarang mereka.
Hari ini  wanita terbabit yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah bersama seorang lelaki warga Pakistan didakwa atas kesalahan tersebut, namun mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah tersebut.
Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.
Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama, Melaka pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.
Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.
Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.
Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.
Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam. (Gambar Hiasan )


4 ulasan

nasi sudah jadi bubur ...

Reply

Video da x?aku nk tgk

Reply

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...balasan bg hamba yg.lupa dosa

Reply

Ini lah bala mengimpot warga asing dgn senang wenang warga asing bebas utk buat apa saja. Kebanjiran warga asing byk mengundang kecelakaan pd rakyat malaysia dan negara. Ancaman pd ekomomi negara juga dimana bawa keluar wang negara ke negara mereka. Salah siapa? Salah org yg memerintah atau rakyak?

Reply