[ Terkini ] Polis tampar orang awam di ambil tindakan !

Berhubung sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook, insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Bayan Baru.
Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka,dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing.
Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.


1 ulasan:

I got the power , katanya .

Reply