[ Terkini ] MTUC Saran elaun sara hidup RM300 sebulan untuk kakitangan swasta !

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Jumaat mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.
Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.
Khalid berkata MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.
Dalam tempoh sementara ini beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi menang-menang.
Khalid berkata MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.
Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka, tetapi lebih suka kepada rundingan aman. - BERNAMA


2 ulasan

ada gak yg nak membela nasib org swasta .

Reply

Entah dapat entah tak.. Maklum lah.. siapalah swasta di mata penjawat awam...

Reply