[ Terkini ] 4 Gambar kekasih Paul Walker alami kemurungan !

Nampaknya pemergian mendiang Paul Walker memberi kesan yang sangat mendalam kepada kekasihnya, Jasmine Pilchard-Gosnell.
Wanita yang berusia 23 tahun itu begitu berat hendak menerima kenyataan bahawa kekasihnya yang dicintai selama tujuh tahun kini sudah pergi buat selama-lamanya.
Menurut ahli keluarga Jasmine, berita kemalangan itu bukan sahaja mengerikan, tetapi sesuatu yang tidak diduga langsung.
"Jasmine sekarang banyak mendiamkan diri. Mungkin sukar baginya untuk menerima berita itu. Buat masa ini, ibu sedang menenangkan dirinya,"kata salah seorang ahli keluarganya.
Wanita yang masih berstatus mahasiswi itu tinggal di Santa Barbara, California. Sebelum tragedi ini berlaku, Walker dan Gosnell merancang untuk tinggal bersama dengan anak perempuan Walker, Meadow.

Walker dan kekasihnya itu pertama kali bertemu ketika Gosnell masih berusia 16 tahun. Meskipun, usia di antara mereka berjarak 17 tahun, itu tidak menghalang mereka tetap bersama.

Buat masa ini, Gosnell perlu bersedia untuk menjaga Meadow walaupun jarak usia antara mereka hanya berbeza lapan tahun.sumber