[ Terkini ] Keadaan banjir semakin buruk di Pahang, dua beranak lemas di sg.isap !

Faizan Mohd Din 54, mengharungi banjir untuk mengeluarkan kambing dari kawasan kediaman yang dilanda banjir di Kampung Sungai Isap, Kuantan.
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.
Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.