[ Terkini ] Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen , kerajaan jimat 4 bilion !


Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 

Kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion dalam bentuk subsidi untuk sektor tenaga tahun depan berikutan semakan semula subsidi elektrik, yang seterusnya akan disalurkan kepada usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, sekolah dan kemudahan awam lain untuk rakyat. 

Mengumumkan semakan itu di Parlimen hari ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jumlah subsidi bagi sektor tenaga tahun ini sebanyak RM14 bilion.