[ Terkini ] Jurujual maut motosikal dirempuh lori di jalan Pasir Hor !

Motosikal mangsa di bawah lori 
Kota Bharu: Seorang jurujual yang baru bekerja dua hari di sebuah pasar raya maut selepas motosikal yang dibonceng bersama kakaknya dirempuh dari belakang oleh sebuah treler di Cabang Tiga, Jalan Pasir Hor di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa Noridawatie Irnie Mohd Sapawi, 18, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan pinggang.
Manakala kakaknya Nor Rashidah, 24, cedera ringan di pinggang,Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat , Al-fatihah.sumber