[ Terkini ] Isu Annuar Musa: Khairy jumpa wakil AFC esok !

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu dengan wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) esok.

Bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembabitan Tan Sri Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden Program Pelan Pembangunan Bola Negara. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.