[ Terkini ] Identiti pelajar Maahad Tahfiz yang meninggal dunia di kenalpasti !


Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar mereka yang dijumpai meninggal di Pusat Tahfiz tersebut

Mangsa dikenali dengan nama Allahyarham adik Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman berusia 16 tahun menuntut dalam tingkat 4 di pusat Thafiz tersebut.

Jenazah Allahyarham selamat disembahayangkan di Masjid Kg Larak , Mulong , Kota Bharu selepas fardu Asar petang tadi dan dikebumikan di kampung halaman mangsa.

Allahyarham adaah seorang pelajar yang baik dan telah menghafal lebih 20 jus' Al-Quran , kita doa kan agar Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan dirahamati Allah.
Berhubung dengan keadaan Allahyarham semasa dijumpai mati pagi semalam dalam keadaan tergantung, pihak Polis sedang menyiasat dan memerlukan lebih masa untuk menentukan bagimana ianya berlaku.

Buat masa ini ianya diklifikasi sebagai mati mengejut dan memohom semua pihak tidak membuat berbagai andaian atas spekulasi berhubung dengan perkara ini.

Kita menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara terperinci , pihak Maahad Tahfiz akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Hospital dan Polis dalam mejalankan tugas mereka.