[ Terkini ] Gambar lori bertembung jentera Bomba, kelindan maut !


Seorang kelindan lori maut selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan sebuah jentera pengangkut air milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam nahas di Kilometer 12, Jalan Kota Belud berhampiran Kampung Kelawat, di sini kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Longius Bardur, 24, meninggal dunia selepas dikejarkan di hospital berdekat akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan dalam insiden yang berlaku sekitar jam 7.40 pagi itu.

Sementara pemandu lori serta tiga anggota JBPM berusia 25 hingga 37 tahun yang turut terbabit dalam nahas berkenaan telah mendapat rawatan di hospital dan kini dilaporkan stabil.

Terdahulu, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dari Kota Belud.


Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, lori yang dinaiki mereka secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan jentera pengangkut air JBPM yang dalam perjalanan menuju ke sebuah lokasi berlakunya kebakaran di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superitendan Mohan Nadasen ketika dihubungi mengesahkan insiden itu.

Menurut beliau mangsa yang merupakan kelindan lori itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badan dan disahkan meninggal dunia sebaik dikejarkan ke hospital berdekatan,kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


2 ulasan

malang tak berbau ...

Reply

Kota Belud? eh..kampung sy tu..baru tahu pulak pasal kemalangan ni..salam takziah buat keluarga mangsa..

Reply