[ Terkini ] Gadis cantik di pukau " Uncle Lim " di pasar raya !

ADIK NUR HIDAYAH MANGSA PUKAU " UNCLE LIM " 
REMBAU : Seorang peniaga kerugian ratusan ringgit selepas anak sulungnya dipercayai dipukau oleh seorang lelaki berusia 50-an yang mengekori anaknya itu untuk membeli barangan runcit di sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini, 9 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai 'Uncle Lim' datang ke kedai peniaga berkenaan di Medan Selera Chembong untuk menempah 21 bungkus nasi goreng.

Menurut peniaga berkenaan, Norfizah Nayan, 45, ketika itu, dia tidak mengesyaki lelaki terbabit berniat jahat memandangkan kedainya sering dikunjungi pekerja kilang dan pekerja kontrak bagi membungkus makanan.

“Pada masa itu, anak saya, Nor Hidayah Nazeri, 16, yang mengambil tempahan. Lelaki terbabit menyatakan ingin membungkus makanan selama dua hari di kedai saya. Malah, dia menyatakan bosnya akan turun dalam tempoh masa sejam untuk makan ikan siakap dan pelbagai jenis buah-buahan di kedai saya.

“Oleh kerana tempahannya agak banyak, anak sulung saya, Lily Dianna Nazeri, 23, pergi ke pasar raya terdekat bersama adik saya, Norhayati Nayan, 41, untuk membeli makanan tambahan,” katanya.

Norfizah berkata, semasa berada di pasar raya berkenaan, anaknya itu terperanjat apabila lelaki terbabit juga berada di pasar raya dan beria-ria mengambil pelbagai jenis barangan sebelum dimasukkan ke dalam troli mereka.

Menurutnya, lelaki terbabit mengambil enam karton 100 plus dan Redbull; 30 bungkus kacang; 30 biji oren; 60 biji epal; dua ekor ikan siakap dan lain-lain lagi.

"Lelaki terbabit bertanyakan jumlah duit yang dimiliki anak saya ketika itu selain bertanyakan sama ada dia mempunyai duit dalam akaun bank atau tidak.

Semasa berada di kaunter, anak saya juga tidak sedar bila lelaki terbabit mengambil duit RM400 daripadanya.

“Selepas itu, lelaki terbabit menyuruh anak saya pergi ambil tisu, sementara adik saya pula diarahkan ambil pisang. Sebaik kembali ke kaunter, lelaki terbabit sudah tiada dan anak saya tersedar ketika ingin menjelaskan bayaran di kaunter," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rembau sejurus kejadian.

Katanya, sejak lebih tujuh tahun berniaga di lokasi berkenaan, pengalaman dipukau oleh lelaki yang kelihatan seperti warga emas itu adalah pengalaman pertama dan anaknya juga trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu.

Pada orang ramai berhati-hati dengan tektik licik penjenayah yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu dengan memukau mangsa.