[ Terkini ] Banjir : 5,626 penduduk dipindahkan di Pahang !

KUANTAN : Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat apabila seramai 5,626 mangsa dipindahkan membabitkan empat daerah iaitu Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan
Jurucakap Bilik Gerakan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sebanyak 49 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Jurucakap Bilik Gerakan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sebanyak 49 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir. 
Katanya, setakat jam 5 petang ini, Rompin mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 2,393 mangsa diikuti Kuantan (2,091), Maran (801) dan Pekan (341). 

Satu lagi laluan terpaksa ditutup iaitu di Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat berikutan berlaku tanah runtuh.sumber