[ Terkini ] 5 gambar kejadian samun di kedai OII Easy Shop Tanah Merah !


Tanah Merah : Satu kejadian samun berlaku di Kedai Runcit OII Easy Shop Tanah Merah, waktu kejadian pada pukul 8.15 malam tadi, 5 gambar di tempat kejadian.




Suspek 3 orang disyaki warga thailand berumur lingkungan antara 30 - 55 tahun yang bersenjatakan selaras M16 dan sebilah pedang telah melakukan rompakan dgn cara melepaskn satu das tembakan kepada seorang jurujual wanita sbg ugutan bagi mndapatkn hasil rompakan. 

Berdasarkan maklumat org awam yg melihat kejadian rompakan tersebut, seorang daripada 3 orang penjenayah yang disyaki telah berjaya di berkas oleh anggota polis dihadapan imegresen sejurus mendapat maklumat tersebut. 

Polis kini sedang giat menjalankn operasi bagi menjejaki baki suspek yang terlibat, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungai Balai Polis berhampiran.