[ Sukan ] " Saya bersyukur mendapat suami seperti Alex "- Siti !

Selain memastikan makan minum dan keperluan suami, Azamuddin Mohd Akil atau Alex tidak terabai, Siti Zuraidah Babu, 27, turut sesekali bertindak sebagai penasihat serta ‘tukang pujuk’ setiap kali bintang bola sepak negara itu berdepan kesukaran.
Siti yang menjadi tulang belakang kepada Alex tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat buat pemain kelahiran Kampung Relong, Lipis itu terutama apabila aksi di tengah padang berakhir dengan kegagalan.
Untuk memastikan kekecewaan suami tidak berpanjangan, dia akan memujuk lelaki itu supaya bersabar dan menerima kegagalan sebagai ketentuan Ilahi kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang tersurat.

“Saya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk memujuk dan menenangkan Alex yang tidak akan berselera makan dan lebih banyak berdiam diri apabila pasukannya tewas.
“Walaupun wajahnya nampak serius namun dalam tempoh 30 minit kemudian, keadaan biasanya kembali tenang dan dia mampu tersenyum dan bergurau seterusnya dapat berbincang berkaitan persembahannya sepanjang perlawanan.
“Sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, saya sudah faham benar dengan perangainya yang begitu mengambil berat hal ehwal keluarga termasuk ibunya di kampung,” katanya yang akan turun memberi sokongan setiap kali suami beraksi di Stadium Darulmakmur.

“Saya bersyukur mendapat suami seperti Alex, dia bukan saja seorang lelaki penyayang tetapi juga pandai mengambil hati dan sedia bekerjasama dalam semua perkara walaupun ada kalanya memaksa dia berkorban.sumber