[ Sukan ] Penyerang terbaik ABK 2013 bakal di gantung setahun jika didapati bersalah ?

DUNIA bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan isu pelanggaran kontrak.
Kali ini membabitkan bekas penyerang Kelantan dan peyerang terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013, Mohd Norfarhan Mohamad yang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor DT).
Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir Taklimat Liga Malaysia (Liga M) 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.
Jika sabit kesalahan, Farhan yang kini sah menjadi milik Terengganu bakal berdepan hukuman penggantungan selama semusim selain denda maksimum.
Kes Farhan juga akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM. Status Farhan akan terjawab selepas mesyuarat itu nanti.
Jika didapati bersalah, bakal digantung selama satu musim atau lebih, namun semua itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM yang akan bermesyuarat 19 Disember ini, tegas Hamidin.sumber


1 ulasan:

Kadang2 nak tergelak juga dengan cerita bolasepak Malaysia. Bermain peringkat Asia dan dunia buat semua orang gelak, tapi soal bikin kontroversi mengalahkan pemain2 terbaik dunia...

Reply