[ Sukan ] Harimau Muda galas misi besar buat negara !

SKUAD Harimau Muda A selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyitaw semalam dengan  satu misi besar untuk mempertahankan pingat emas yang menjadi ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan yang akan bermula secara rasminya pada 11 Disember ini.

Jurulatih Skuad Harimau Malaya A, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau percaya dengan kemampuan anak didiknya lebih-lebih lagi apabila menerima tekanan untuk mempertahankan pingat emas yang pernah dimenangi pada Sukan Sea edisi Indonesia dua tahun lalu.

“Saya faham bahawa pemain kita menghadapi pelbagai tekanan sebelum mendarat di sini (Nyapyitaw) termasuk desakan daripada penyokong bola sepak negara yang ingin melihat kejayaan pasukan kesayangan mereka.

“Namun sebagai pemain profesional, mereka tahu bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut agar tidak menjejaskan perkara  yang lebih penting iaitu fokus perlawanan,” katanya di Myanmar semalam.

Kim Swee berkata, beliau percaya faktor kejayaan sesebuah pasukan bola sepak bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja tetapi ia memerlukan kerjasama, kesefahaman dan juga kekuatan mental yang terdapat pada semua pemain dalam pasukan.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Brunei dan juga Laos.sumber