[ Sukan ] Harimau Muda gagal ke Final Sukan Sea, maka gagal lah bolasepak Malaysia ?

Harapan Harimau Muda A ( Malaysia ) untuk pertahankan pingat emas Bolasepak Sukan Sea 2013 akhirnya MUSNAH bila Pasukan Bolasepak Negara yang di wakili Harimau Muda tewas kepada Pasukan Bawah 23 tahun Bolasepak Indonesia di Stadium Ziyar Thiri petang tadi .

GAGAL  ini bermakna musnah lah harapan JUTAAN peminat Bolasepak di Malaysia yang sentiasa mengharapkan Pasukan yang mewakali Bolasepak Malaysia berjaya di dalam satu-satu acara bolasepak yang di sertai oleh Pasukan Bolasepak Negara.

Baru-baru ini skuad senior Bolasepak Negara Harimau Malaya juga gagal dalam perbutan untuk layak ke Piala Asia 2015 , yang mana rata-rata peminat bolasepak negara begitu kecewa , sehingga lah pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) menamatkan Datuk K.Rajagobal sebagai jurulatih Skuad Harimau Malaya , yang mana Kontrak nya dengan FAM akan tamat pada 31 Disember ini dan tidak akan di sambung.

Dengan berbagai kemelut yang melanda pengurusan Bolasepak Malaysia sehinggakan campur tangan Menteri Belia dan Sukan Yb Khairy Jamaluddin yang bertegas ini memulihkan kembali reputasi bolasepak Malaysia di bawah FAM.

Berbagai masalah lain juga timbul dalam isu bolasepak Malaysia sehingga Timbalan Presiden FAM yang di gantung Tan Sri Annuar Musa umum kan perletakan jawatan nya di dalam Bolasepak Malaysia termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, yang mana sudah terbukti Bolasepak Kelantan telah berjaya di bawah kepimpinannya.

Diharap semua pihak dapat bergabung demi sukan nombor satu negara ini dan mengembalikan maruah Bolasepak Malaysia.



1 ulasan:

menang kita gagal mempertahankan emas bola sepak sukan sea. tapi kita tidak gagal melahirkan pemain yang bagus dan berbakat

terukan menyokong harimau malaya !

Reply