[ Sukan ] Ghaddar, Forkey Doe bakal jadi gandingan digeruni untuk liga Malaysia 2014 ?


Dua penyerang import The Red Warriors (TRW), Mohamed Ghaddar dan Francis Forkey Doe dijangka menjadi pasangan barisan depan paling digeruni pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 

Ini berikutan kedua-dua pemain itu berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, selain menjadi penyerang import terbaik paling prolifik di liga bola sepak negara ini. 

Ghaddar yang pernah menjadi penjaring terbanyak Kelantan pada 2012 manakala Forkey Doe dengan Selangor musim ini juga pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab Mesir, Al-Ahly pada 2010. 


Rakan sepasukannya yang juga bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough, Mohamed Shawky, berkata gandingan Ghaddar dan Forkey Doe dalam skuad TRW untuk musim depan bakal menjadi kombinasi terbaik bagi membantu pasukan gergasi bola sepak negara itu mencipta kejuaraan. 

Pengalaman bersama 

Pemain tengah berusia 32 tahun itu turut berkata, dia percaya kedua-dua pemain itu akan membantu TRW mengekalkan kejuaraan Piala FA, selain merampas semula Liga Super dan Piala Malaysia. 

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bermain bersama Ghaddar dan Forkey Doe apabila pernah beraksi dengan dua pemain itu selama setahun ketika mewakili Al-Ahly. 
“Kami sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama. Oleh itu, saya yakin gandingan kami bertiga dalam skuad TRW bakal membentuk kombinasi terbaik seterusnya memburu kejuaraan buat pasukan,” katanya. 

Mohamed Shawky berkata, Kelantan adalah pasukan yang kuat dan mempunyai penyokong yang ramai di negara ini, sudah tentu mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain untuk memberi kejayaan kepada pasukan kesayangan mereka.sumber