[ Sukan ] Gambar sekitar undian Piala Dunia Brazil 2014 !


England yang menunggu lebih 40 tahun untuk menjulang Piala Dunia bakal menghadapi laluan paling sukar apabila diundi bersama Uruguay, Costa Rica dan Itali pada saingan Kumpulan D Piala Dunia Rrazil 2014.
Pertemuan menentang Uruguay iaitu juara Copa America 2011 dan pasukan yang beraksi di separuh akhir piala dunia lalu bagaikan ujian sukar buat England - pertemuan kedua dalam peringkat kumpulan - di Sao Paulo, pada 19 Jun 2014.
Sepanyol yang menumpaskan Belanda 1-0 pada pertemuan di Afrika Selatan menerusi jaringan masa tambahan melalui Andres Iniesta, juga diandaikan bakal melalui perlawanan ulangan menentang Chile, yang menang pada perlawanan peringkat kumpulan pada piala dunia sebelum ini.
Australia melengkapkan pasukan bakal bertanding pada peringkat Kumpiulan B iaitu kelompok yang boleh dianggap turut sukar.

Jerman dan Portugal pula diundi dalam kelompok sama iaitu Kumpulan G yang juga dibarisi Ghana dan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu akan bertemu di Salvador, pada 16 Jun.

Undian tampak mudah buat Brazil, yang mencari formula dan memasang impian untuk menebus kekecewaan ketika negara itu menjadi tuan rumah pada 1950.

Barisan bimbingan Luiz Felipe Scolari itu akan berdepan Croatia, Mexico dan Cameroon pada perlawanan peringkat Kumpulan A, dengan pertemuan pembukaan menentang Croatia di Sao Paulo, pada 12 Jun. 

Tarikh berkenaan adalah permulaan pesta dengan Argentina akan menentang Iran manakala Nigeria bertemu Bosnia-Herzegovina, pada pertemuan peringkat Kumpulan F. 

Selepas melalui ranjau sehingga terpaksa beraksi pada perlawanan play-off, Perancis diundi dalam Kumpulan F bersama jirannya, Switzerland, Ecuador dan Honduras.

Colombia akan menentang Greece manakala Ivory Coast akan bertemu Jepun dalam Kumpulan C sementara Belgium akan berdepan Algeria, Russia dan Korea Selatan pada saingan Kumpulan H.sumber