[ Sukan ] Gambar penjaring Gol Harimau muda benam Brunei 2-0, Bolasepak Sukan Sea !

ROZAIMI DAN ASHRI CHUCHU  TEKAD LEBIH TANGKAS JUMPA LAOS

Penyerang sensasi dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman muncul penjaring sulung skuad Harimau Muda di Sukan SEA Myanmar apabila rembatannya pada minit ke-30 menerjah jaring di ikuti oleh Ashri Chuchu yang menjaringkan gol untuk kemenangan 2-0 ke atas Brunei pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Zeyar Thiri, malam tadi.

Namun Rozaimi, 21, tidak dapat meneruskan sentuhannya itu untuk menambah lebih banyak gol apabila beberapa percubaannya sama ada digagalkan penjaga gol lawan atau sedikit sipi daripada gawang gol Brun.

ROZAIMI PENYERANG SENSASI HARIMAU MUDA 
Bagaimanapun, penyerang lincah itu berjanji untuk menampilkan persembahan lebih baik dan tidak akan mempersiakan peluang terhidang pada aksi kedua bertemu Laos, Jumaat ini.

Memang banyak peluang tidak dapat disempurnakan saya dan rakan lain pada perlawanan ini, tapi ini baru aksi pertama, saya yakin aksi kedua nanti kami akan buat yang lebih baik. 

Bukan kerana kami tertekan tetapi pada aksi pertama kami baru nak cari sentuhan sedangkan Brunei sudah menghadapi dua perlawanan, jadi mereka tampil lebih yakin. 


Enggan letak sasaran

Saya percaya segala kekurangan ini mampu diperbaiki untuk aksi kedua nanti," kata Rozaimi ketika ditemui selepas perlawanan.

Biarpun bumi Myanmar sentiasa menghadirkan tuah buat Rozaimi seperti ketika dia muncul penjaring terbanyak Kelayakan Piala Asia B-22 di Yangon, Julai tahun lalu dengan menjaringkan 10 gol, Rozaimi enggan meletakkan sasaran jumlah jaringan untuk Sukan SEA sulungnya ini.

"Saya tak letak apa-apa sasaran peribadi. Cuma jika saya yang mendapat peluang di depan gol, saya akan lakukan yang terbaik. Apa pun kemaraan dan kemenangan pasukan itu yang lebih penting," tegas Rozaimi.


1 ulasan:

follow sini...jom follow cik anis pulak ^^

Reply