[ Sukan ] FAS sedia berlembut kes Nazri !

TARIK KES NAZRI DAN SELESAI BERSAMA KAFA SAHAJA - FAS 
Persatuan Bolasepak Selangor ( FAS ) sedia berlembut dalam kes perebutan bekas pemain pertahanan JDT Mohd Nazri Ahmad , yang membuat pusingan U dengan menyertai Kelantan , biarpun sudah tangani kontrak awal dengan Selangor.

Mengikut setiausaha Agung FAS Rosman Mohd Ibrahim pihak nya bersedia menarik balik kes tersebut daripada Jawatankuasa status pemain Persatuan Bolasepak Malaysia esok setelah menerima surat permohonan rasmi dari Persatuan Bolasepak Kelantan ( KAFA ).
Saya tidak boleh bagitahu keputusan nya sekarang , kerana terpaksa menunggun arahan Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad , kita nak selesaikan kes ini di luar dan kita akan tumpukan kepada persiapan pasukan untuk musim 2014, kata Rosman.

Sementara itu Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim mengharapkan keputusan positif melaluai rundingan itu, beliau di temuai ketika undian Piala AFC 2014.