[ Jenayah ] Nafsu budak hingusan !

REMAJA LELAKI  TARUH PERASAAN CINTA PERKOSA GURU TADIKA 26 TAHUN 
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian Kajang pagi kelmarin , hanya kerana menaruh perasaan cinta terhadap wanita tersebut , beliau sanggup melakukan sedemikain.

Kisah berlaku ketika guru tadika tersebut datang ke tadika berseorangan pada jam 7 pagi , mangsa menyedari kehadiran remaja terbabit namun tidak mengsyaki apa-apa lalu terus membuka pintu , sebelum masuk kedalam tadika tersebut.

Bagaimana pun sebaik mangsa membuka pintu remaja tersebut terus meluru kebelakang mangsa tanpa mangsa sedari , remaja terbabit sempat memberi tahu mangsa bahawa beliau menaruh perasaan cinta terhadap mangsa . 

Mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan namun gagal sebaiknnya remaja terbabit terus membuka pakaian mangsa sebelum merogolnya , selepas merogol magsa remaja terbabit terus melarikan diri , mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut terus menghubungi majikan yang tiba tidak lama selepas itu.

Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada majikannya dan memberi gambaran wajah remaja terbabit , majikan nya terus keluar mengesan remaja terbabit dan berjumpa remaja tersebut berhamiran kawasan sekitar. 

Remaja terbabit  terus di tangkap dan di bawa berjumpa mangsa sebelum di hantar ke Balai Polis Kajang, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Kajang mengesahkan kejadian tersebut dan disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan.