[ Jenayah ] Juvana mengaku rosak kereta polis di Kuantan !

KUANTAN: Seorang juvana antara tiga lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan merosakkan kereta peronda polis pada Rabu lalu.
Juvana berkenaan yang berusia 16 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya manakala dua tertuduh lain, Lian Siak Kong, 23, dan Lim Chee Seng, 20, membuat pengakuan tidak bersalah. 
Mereka didakwa dengan mencapai niat bersama melakukan khianat dengan sengaja membaling tin 'snow spray' dan menendang sebuah kereta peronda polis sehingga mengakibatkan kerugian RM25 ke atas di laluan hadapan kiosk aiskrim McDonalds, Teluk Cempedak pada 25 Disember lalu jam 12.30 tengah malam. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudiannya menetapkan tarikh 29 Januari depan untuk sebutan laporan akhlak bagi pesalah juvana dan pra bicara bagi Siak Seng dan Chee Seng.sumber